Wednesday, September 9, 2015

mama & abah.

Hai. masing masing sihat? aku. so far, alhamdulillah. well, hari ni aku keluar dari rumah. i mean, do some activities la with my other half. my mom & dad. yeah bila spent time dengan mama abah ni, rasa dia seronok. even we went out for buy groceries together. you know, its worth myself. lepas apa yang jadi, baru perasan, banyak waktu yang aku tak bersama dengan mama dengan abah. aku banyak buat hal sendiri. aku ketepikan waktu aku dengan dorang. damn, i hate myself. aku ni mulut kata diaorang keutamaan aku, tapi aku tak buat pun. aku baru perasan aku banyak kecewakan mama. mmg mama tak cakap, but instict aku kuat. im so sorry mama, abah. after this, aku tak boleh buang langsung waktu aku dengan dorang. ya Allah, menyesal sungguh aku sekarang. inilah hikmahnya. betul la orang cakap, bila kita pandang ujian tu dengan mata hati, kita nampak hikmahnya. satu per satu hikmah bakal terungkai. aku dah lama tak spent time dengan dorang! siapa? mak ayah aku! dorang tu keutamaan yang paling paling paling palingggggggggggggggggggggg atas. haih, apa yang aku lalai sangat sekarang. 

aku dah hantar borang belajar. bila dah hantar tu, bila keadaan macam ni aku mula terasa berat hati nak tinggal asing dari dorang. sebab? aku dah sedar aku banyak buang masa dengan benda lain. waktu yang sepatutnya jadi dengan mama abah, aku pergi keluar. buat hal yang lebih fun. last, betul la. Allah slow slow bagi petunjuk. sebab? aku lalai. mama, maafkan adik. abah, maafkan adik. i promise to you. it wont happen anymore. not ANYMORE. 

banyak benda yang dah menyedarkan aku akan mama dan abah macam tu. antaranya, perkara yang dah jadi, aku tak utamakan dorang bila aku ada masalah. dan yang menyedarkan aku adalah satu buku ni. apa apa masalah, dia akan cari mak ayah dia dahulu. sebagai rujukan pertama. sebab, tak ada orang lain yang lebih kau boleh percayakan, melainkan ibu bapa sendiri. ibu, yang melahirkan, naluri dia, dia lebih mengerti tentang anak dia. aku silap selama ni, aku cari orang lain. mama abah, tu permulaan aku. bukan orang lain. Allahu )': tak silap aku beli buku tu, mmg tepat batang hidung aku kena. from now, mama abah. itu sahaja yang aku kena fikirkan. petik sikit ayat dari novel feyta an nisa. kisah humaira dan wafiq yang berkahwin dapat anak nama uwais al-fateh. buku ni yang mendatangkan sentap pada aku......


" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya). dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam dua tahun; (dengan yang demikian ) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). " (surah al-luqman : ayat 14)


benarlah lagu allahyarham sudirman yang berbait ;

ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami

Allahu, muhasabah diri afifah. mama dan abah rindukan awak. sentiasa. tak ada orang lain yang rindukan awak sepertimana dorang rindukan awak fa. ingat. utamakan dorang. hanya IBU BAPA. itu.

p/s; sayangi mak ayah. dorang je faham kita dalam apa jua keadaan. ya? aku tak kisah lepas korang baca ni nak judge aku macam macam. tapi yeah, aku nak berubah. aku nak! mama abah, i love you. so much! (dalam laptop ni tak ada gambar latest, ada pun yang lama, chill, later aku upload, akan upload!) 




Simple theme. Theme images by sndr. Powered by Blogger.