Thursday, October 15, 2015

kau tipu diri sendiri?

assalamualaikum & hai. sihat semua? since IPU berubah-rubah ni ramai demam. tapi tu minggu minggu lepas la. sekarang baca surat khabar kata IPU sihat. hope kome sihat jugak lah yek? aku alhamdulillah. setakat ni Allah masih lagi beri kesihatan yang stabil pada aku. syukur nikmat Allah. syukur atas kurnianMu yang tiada tandingan nilainya. Allahu.

Guys, baru baru ni aku ada lah baca pasal berita peninggalan hamba Allah yang sangat istimewa. Adik Muhd Firdaus, yang kanak-kanak kurang upaya orang jumpa dia dalam keadaan yang sangat-sangat menyayat hati. kurus kering. orang jumpa, bawak keluar. beri rawatan. kemaskan dia. tambah berat badan dia. tapi Allah lebih sayangkan dia. Inaillahwainnailahirajiun. Allah sayang dia, Allah nak tarik dia masuk syurga Al-firdausi Dia. Allah tak nak dia seksa atas dunia ni. dipenjara tanpa jiwa yang bebas. Allahu, tapi hebat ujian yang Allah turunkan pada budak istimewa macam tu. apatah lagi kita yedak? yang sihat walafiat ni. ujian lagilah kalah angin monsun. tapi, yelah, tahap kesabaran tu yang membezakan samaada kita mampu hadap atau tidak. so, sentiasa muhasabah diri.

Well, bukan tula aku nak cerita sebenarnya. aku malas nak cakap hal ekonomi, politik ke apa, aku cuma mampu cakap hal semasa manusia je. yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman. untuk diri aku sendiri jugak. 

Kenapa do tajuk aku 'kau tipu diri sendiri'? haha. macam mana lah aku nak terang panjang lebar dan kalau betul aku tengah menipu diri sendiri sekarang. aku kata kat orang aku dah move on la. aku dah lupa la. tipu la kalau dalam masa 3 bulan tu aku mampu lawan perasaan rindu aku kat dia. urgh, aku nangis kot bila aku nak tidur, campur rindu mama & abah lagi. aku cuma takleh terima, aku dgn dia mcm ni skrg. asal do, aku asyik tunggu nama dia kat screen phone aku kata nak mula balik. bodoh apa aku? aku sendiri nampak yang dia tengah bahagia sekarang. jelas jelas depan mata aku. aku yang bangang sangat, kerasa hati tak boleh terima semua benda tu kenapa? asal do? cuba cakap kat aku? aku yang melayan rentak hati aku yang tak berapa nak betul tu asal? hari hari type huruf S, sengaja keluarkan nama dia. sengaja woi! apa lembap aku buat. bila sampai masa, aku nangis sorang sampai bengkak mata, nak try orang lain tu aku pulak masalah. tak ada perasaan langsung. kalau ada pun, bukan boleh lama, aku cakap aku gurau lah, kalau org tu serious, aku mintak maaf pulak sebab terpikat kat dia. sampai gaduh. aku putuskan silaturahim terus. jahat tak aku? aku tak boleh woiii move on. kau tak faham ke?! aku mintak au tolong faham keadaan jiwa aku sekarang, aku tak boleh move on langsung, aku tak ada rasa nak move on langsung! aku fake je hari hari senyum aku tu. ye aku tahu, semua org kena belajar hipokrit, fake. tapi adalah jugak sampingan dia. aku? aku tak ada rasa. aku friendzone kan orang. aku mcm, lantak hang lah. aku dah ganas tak tentu hala. nak maki orang suka hati je. orang tu buat sikit je, aku over. aku dah tak tahu nak kata apa pasal diri aku sekarang. aku terbayang, kalau orang tanya, kenapa? sampai skrg aku mcm tu? woi, mcm mana woi, 3 bulan yang langsung meter move on aku tak bergerak tu! cuba lah ajar aku gerakkan meter move on aku tu! kau ingat senang ke? babi, sayang do kat dia! bukan tak! cuba jadi kat kau, kau tahu langit tu tinggi ke rendah. kena batang hidung kau sekali tengok nangis ke tak. dengan tak boleh contact nya. dengan kena blocknya. aku nak tumpang siapa nak amik tahu psl hidup dia do? mya? mya mana ada dekat dgn aku. bukan selalu jumpa. kalau jumpa aku elak cakap hal ni sbb dia pun tgh putus cinta. tak nak lagi teruk. aku nak tanya siapa? kawan kawan dia? cari nahas. tapi tula, i know what he doesnt know. so let him be. aku je yg tahu kalau ada yang berlaku apa apa. aku nak marah ada gak. tapi tula, aku mampu senyum dalam tangisan jela. senang je orang. tapi, tak apalah. benda dah lepas. cuma, aku just tak nak la, aku masih berharap. aku bukan apa, kesian kat dia, aku tahu, dia nak dilepaskan. aku je bangang susah sgt nak deal dgn perasaan sendiri. adoii, kesian do kat org nak bahagia. aku mudah sgt ingat aihhh. aku tak berhenti tipu diri sendiri. aku puas pujuk diri aku. move on la. tapi, tolong la wehh, move on.....

p/s ; aliff satar - akhiri penantianku yang tak ada mengena hahahaha
Simple theme. Theme images by sndr. Powered by Blogger.