Sunday, September 6, 2015

DUA KALIMAH SYAHADAH.........AKU LALAI

Hai. Arghhh rasa macam dah lama tak hapdate belog. wakakaka. entahla. since aku dah banyak menyendiri ni. aku jadi banyak kisah nak share dalam blog aku sendiri. entah kenapa tiba tiba wujud semula perasaan ingin meluah dalam lama sosial seperti ini. cehh wah. wehh tapi betul la. zaman belog ni time orang ada facebok dedulu je. mesti ada chatbox and leave a message ' done following your blog' ahh sembang lah awok kalau awok ada blog dok buat lagu tu. ahh, takkan sampai wujudnya tuduhan mengopicatkan. hahahaha kelakar. padahal blog ni idea masing masing. so chill la. its 2015. kalau masih wujud. kau pergi cangkul tanah, tanam diri kau hidup hidup. wahh pandai bercakap. amalnya tidak. yedak? 

okay la. sudah sudah la nak balik pada zaman yang dah tak bernyawa tu. biar dia bernyawa bila kita rasa perlu ke ok? actually macam ni la. hari ni, 6 sept 2015. aku nak share satu perasaan. perasaan yang hadir waktu aku solat isya' tadi. janggal la. aku tak tahu kenapa, tiba tiba aku rasa seram sejuk lepas aku ucap dua kalimah syahadah. 

' asyhaduallaillahaillallah, waasyhaduanamuhammadarasulullah '

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah '

sekali je aku ucap......sekali........sekali je korang. aku rasa macam seram sejuk. aku pelik. kenapa aku rasa macam tu? aku macam tersentap sendiri. ibarat masa terhenti seketika. terpana. apa yang sebenarnya selama ni yang tertinggal? 

Yaaaa. Memang ada yang aku tertinggal selama aku mula mengenal jalan Allah s.w.t. nak tahu? aku mulakan.

Sebenarnya, aku mula kenal Allah tu sebenar-benarnya waktu aku umur 17 tahun. aku tak tipu. sebelum tu aku tak amal la hidup berlandaskan agama, serious. betul. kau tanya mira & syeda. zaman aku dulu. aku sejahil jahil manusia. aku memang tak solat. aku tak suka solat. tapi yang aku pelik. waktu aku darjah 1 sampai darjah 6. aku pergi fardu ain al-husna tu sampai darjah 3 je la.tapi solat dorang ajar kat situ, tiap tiap hari solat berjemaah. asar. silap lah kalau kau kata aku tak pandai mengaji. lepas pada tu aku tak stop terus. aku cuma belajar mengaji kat kawasan rumah aku ni. aku mengaji tiap tiap hari lepas balik sekolah.lepas tu, tu untuk petang tau. then, tiap-tiap maghrib, aku mesti pergi rumah ustaz fuad belakang rumah tu nak belajar mengaji lagi solat dia ajar la. maghrib berjemaah, isya' berjemaah baca surah-surah kuat-kuat, ramai ramai. dah mengaji kan, sampai khatam. uish, aku ada lagi simpan gambar mama abah buat kenduri kat rumah aku ni sempena aku dgn abg aku khatam al-quran. baju ditempah khas lah. tema warna cream. bau bunga rampai dalam bilik aku tak kalah daripada bilik pengantin. aku ingat semua tu dulu. tapi ya, aku mengaku, walaupun mak ayah aku dah penuhi semua tu, aku tetap tak amal dalam kehidupan aku selepas aku jejak sekolah menengah, eh, tanya lah ustazah nordila tu, aku ni banyak sgt alasannya kalau nak solat kat surau. tak boleh la. cuti la. padahal aku mana datang lagi cuti ala ala dewasa tu. mmg lah sounds mcm tak tahu malunya dia ni. tapi yeah, nila aku nak cerita, macam mana penghijrahan aku ni. aku memang tak solat. abah tegah. tapi aku, dah jahil kan. mana lembut. aku tahu nak seronok. tapi, dalam pada tu, aku cuma takat free hair jela. pakai seluar paras lutut. hehehe. tapi dalaman aku mmg zero. walaupun aku diberi didikan agama yang orang kata, adalah daripada tak ada langsung. so, berbalik pada kisah aku. aku mmg tak solat. since aku naik sekolah menengah. aku tak solat. aku tak nak solar. aku degil. padahal dalam otak hafal niat setiap fardu. doa iftitah, surah 3 kul, al-fallaq. banyak surah. dalam muqaddam ada kan. so hafal la waktu mengaji. aku degil. aku tak solat. sampai aku form 3. masa form 3 ni adalah penghijarah yang acuh tak acuh. means aku solat jarang-jarang. ada masa bertudung, ada masa tak. tanya maziyyah la. dia tahu. aku jadi mcm tu pun sebab kawan kawan aku waktu tu dorang bertudung. macam maziyyah. hehe. tapi acuh tak acuh aku tu yeah sampai form 4 aku tak bertudung gak. solat? alhamdulillah. waktu form 4 aku macam dah kerap solat. ada tinggal. bila keluar. eh, tayah la alasan mmg Allah tak terima. hahaha. ada ke patut, kenapa tak solat? sebab keluar. padahal masing masing tahu solat tu benda utama yang dihisab kelak. tempat? boleh cari. orang boleh buat tengah parking. sakit? sedangkan waktu sakit pun ada panduan macam mana nak solat duduk, baring, pakai isyarat mata pun boleh. Allahu. so tak ada alasan. melainkan cuti ala ala dewasa ye? okay berbalik pada cerita tadi, yaaa begitulah perjalanan solat aku, tertinggal bila keluar. aku masih free hair, ada aku niat nak bertudung. lepas tu aku bukak balik. hahaha ada gaya macam diana johor tak? yang aku baca bukak tudung sebab belum sedia. nahhh alasan yang rasa kalau Allah boleh bagi cash. dia kata nak, dia bagi. rasa lah lepas tu. okay. aku free hair lagi waktu tu. oh yeah. aku lupa nak selit, aku highlight rambut aku waktu form 3. kau rasa? dah macam anak orang asli T.T. hahaha hodoh nau rupanya. tapi aku hitam balik sebab nak pergi kem jati diri. okay. waktu form 4, aku free hair jela, sexy. yeah ada masa. ofc la. Fa joyy kan. hahaha. macam apa tah. form 4 tu macam tula. sampai form 5, aku masih lagi free hair awal tahun 2012. tup tup, bulan jun 2012. alhamdulillah. aku bertudung. solat? bila keluar aku tak solat. tula. tapi kalau aku sampai awal rumah, aku solat. macam isya' aku sampai lewat mana pun rumah, aku tetap buat. waktu form 5 tula. waktu form 4 takde. cuci muka, settle tidur la. form 5 tula, aku macam okay sikit. okay apa. kau bayangkan kalau whole day keluar, zohor, asar, maghrib, subuh dgn isya' je jalan. hah, kalau 3 waktu tu Allah kata nak jalankan kau? sempat? tak. sumpah. solat ni nikmat. aku pun baru sedar waktu form 6 solat tu nikmat. dah macam mana. jahil tak jahil aku. pasal sedar nikmat tu sat gi aku cerita. bagi aku perabih hat yang bertudung tu. alhamdulillah syukur. Allah tu maha Kaya. dia dekatkan aku dengan istimewanya aurat wanita ni bila ditutup. aku bertutup kekal hingga hari ini (2015) dan mungkin akan diperlabuhkan lagi. inshaAllah. bab bertudung ni, sebenarnya ya aku mula tergerak hati lepas aku dapat mimpi. dalam mimpi tu, aku sorang. mama abah tak ada. meninggal excident. lepas tu aku sorang. suara aku bergema.aku jerit cari orang nak mintak bantuan. lepas tu aku nangis. dengar suara suruh taubatlah afifah. lepas pada mimpi tu, yeah, macam aku kata tadi, Allah bukak mata aku ni tunjuk istimewanya aurat wanita bila ditutup. so solat tu macam tu. aku solat, solat dan solat. haaa, ni lah. dah habis spm semua. masuk form 6, nak tahu bila aku rasa nikmatnya solat? waktu ni aku alami, waktu berjemaah ramai-ramai dengan cikgu-cikgu form 6 aku. haaa, waktu fizie azan. Allahuakbar, Allahukabar, Allahuakbar! aku rasa manisnya waktu solat zohor dengan dorang waktu tu. aku tak tahu. since that, aku nak solat, solat dan terus solat. zikir pun banyak aku amal. lagipun, cikgu-cikgu aku mmg tak pernah berhenti tarbiah kami semua. so nak sedar atau tak itu hak masing masing. nauzubillah. selama aku mengenal solat, aku baru rasa nikmatnya 2 tahun lepas? apakah hambaMu ini daif ya Allah? Allahu sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun! alhamdulillah atas nikmat tersebut. Kau dekatku dengan JalanMu. Kau hampiri aku dengan kekuasaanMu. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim......

dah mana lalainya afifah? yaaaa lalainya bermula disini........


Dah tahu aku bertudung, dah tahu aku mula rasa nikmat solat, zikir amal tu amal.tapi, sayang, aku lalai, aku tak istiqamah langsung! yaaa! aku dah rasa nikmat tu! tapi ruginya aku seorang hamba Allah, yang Allah dah bagi nikmat solat, nikmat berzikir, tapi aku tak stick pada semua tu. APAHAL? tak rasa bodoh? hahahaha. dah rasa semua tu, amal cuma waktu stpm tu jela? waktu belajar tu? dah Allah dah bagi, waktu tu je yang kau nak guna pakai? angkuhnya Afifah. sombongnya Afifah. Jahilnya Afifah!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku berzikir, walaupun selepas tamat stpm. tapi apa aku buat? aku ketepikan kepercayaan aku kat Allah lepas tu. mulut je zikir, hati tentang. 

Aku solat, aku doa, aku nangis, setakat nangis, ikhlasnya mana? ikhlas tu ada waktu nak stpm je ke? sebab cikgu tarbiah hari hari? so sedar?

Aku ucap dua kalimah syahadah, tapi, kenapa aku tak percaya takdir tu datang dari Allah? kenapa baru 2 jam tadi baru aku sedar? kenapa baru hari ni? kenapa baru sekarang? selama kau dah rasa nikmat masa stpm dulu? kenapa kau lalai dari kepercayaan kau lepas stpm tu dulu? apa kau ingat Allah tu datang waktu kau menuntu ilmu je? waktu lain tak? Allahu WAN NUR AFIFAH AINAA WAN AZIZI. asal awak lalai afifah? mana pergi keikhlasan awak terhadap doa doa awak dalam solat? macam dulu? mana pergi hati awak yang berserah segalanya pada Allah? macam dulu? mana redhanya hati awak afifah? macam dulu? kenapa baru hari selama dari awak lepas tamat stpm tu awak cuba nak buat takdir sendiri? Allahu Afifah. nauzubillah. inalillah buat diri awak sekarang. kenapa hari ni? aku baru sedar awak lalai? awak nak lawan takdir? kenapa afifah? kenapa afifah ainaa? awak kat mana sekarang? awak tak tahu ke setiap ujian tu Allah bagi? kenapa? dulu awak percaya Allah uji sbb Allah sayang awak. minggu lepas, awak nangis, awak persoalkan kenapa ujian kali ni awak lagi? bahkan, awak persoalkan kenapa hidup awak porak peranda. Allahu afifah, sedar tak? awak cuba lawan pencipta AWAK! Allah yang jadikan awak. Allah S.W.T yang ddah menulis takdir awak sejak awak dari dalam rahim mama awak tu! Allah dah tulis takdir hidup awak. rezeki awak. perjalanan hidup awak! ya Allah afifah, kenapa afifah, awak berusaha lawan takdir selama ni? tahu tak berapa lama? kesalnya awak afifah. awak dah buat tindakan luar batasan. awak seksa mama abah. awak sedihkan hati orang sekeliling awak afifah! hei! wake up! mana awak yang waktu stpm dulu? kenapa awak leka dengan nikmat dunia? Allahu afifah!!!!! sedarlarlahh!!!!!! bangkit. Allah tu maha pengasih, awak juga percaya dulu! sekarang kenapa awak lawan?! Allahu AFIFAH AINAA. kenapa ni! yaaa. aku sedar, aku dah lalai dari landasan aku sebenar. oh. mentang lah dah ada bf haritu, dah ada orang sayang, dah ramai backbone, awak lupa eh afifah? dasar lupa daratan. tula. sekali Allah bagi. cash. hilang segalanya. sampai orang pun tengah benci kau sekarang. rasakan. tula. nak lawan takdir. tanggung lah sorang. Allah tu tak bagi nikmat saja saja. ada sebab. tula, lalai, ni terima lah hasil dia. 

ya Allah, aku lalai daripada landasan sebenarku. ya Allah, ya Rahman, Ya Rahim, aku berbalik kepada jalanMu yang diredhai dan penuh nikmat. Allahuakbar. DUA KALIMAH SYAHADAh YANG AKU UCAP USAI WAKTU ISYA' TADI MEMBERI 1001 KESEDARAN TERHADAP AKU. SEDAR. BERIGAT. TAKDIR ITU ALLAH YANG JADIKAN. UJIAN ITU ALLAH YANG BERIKAN. NIKMAT ITU ALLAH YANG KURNIAKAN. KUASA ITU ALLAH YANG MILIK. SEGALA DI ATAS DUNIA, HANYA ALLAH YANG SATU.....DUA KALIMAH SYAHADAH. TERIMA KASIH ALLAH. JANGAN BERHENTI BERSAHABAT DENGANKU. BAHKAN, JADILAH PENTUNJUKKU! 


DUA KALIMAH SYAHADAH, MENYEDARKAN DIRI AKU. AKU. AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

p/s : jangan lalai. Allah nak bagi cash. sekelip mata. aku dah rasa. jangan pernah bertindak ikut hati, nanti mati. ikut rasa binasa, pakai akal )':
Simple theme. Theme images by sndr. Powered by Blogger.