Friday, September 11, 2015

Hari ke hari

Hai.  sihat semua? haha itulah yang dia akan tanya sekarang afifah ni. sihat? hope semua dalam keadaan sihat dan gembira, haaa gitchewww. 

okay lah. hari ni nak hapdate pasal apa ya? tak lah baru jugak. benda yang yeah berkaitan dengan denga realiti kehidupan. btw, yeah aku ada baca berita pasal kren tumbang kat Makkah tu. nauzubillah. inalillah. dengarnya ramai yang terkorban. Allahu, syahid buat mereka. syurga tempat mereka. subhanallah. kuasa Allah. Allah Maha besar. Ku kagum dengan kekuasaanMu ya Rabb. bila aku dengar, aku baca, aku sebak. yeah. itulah. biasanya aku ni dengar, aku seolah olah tak ada perasaan. tapi, alhamdulillah. Allah tu kan Maha Kaya, dia dah nak bukak hati. aku dah posted kan sebelum ni....so yeah.

berbalik pada yang aku nak update tadi. semalam, setelah lama aku duduk rumah, aku keluar. tak kemana la, aku cuma tolong hantarkan mama dan planned nak jumpa kawan aku ain. alhamdulillah aku kena pulih diri sendiri. walaupun perit, tapi kena ke arah tu. aku tak boleh biar perasaan tu terus dalam hati aku. orang kata belajar terima hakikat. benda dah jadi pun. Allah jadikan semua ni bersebab. macam aku cakap, lihat pakai mata hati. Allahu. 

Aku keluar lah. drive, aku hantar mama kat tempat yang dia nak pergi tu. then, aku tunggu ain reply whatsapp aku. after that, aku pergi jela kedai dia. aku jumpa, aku mintak maaf. banyak salah aku dengan dia. hehe. aku lama jugak duduk lepak situ. lepas tu mak saudara dia pun ada datang. alhamdulillah. terima kasih atas pujian ibu. hehe. tak bangga ke riak ke apa. cuma, aku rasa senang kalau orang boleh kata benda elok mcm tu kat aku. bukan senang apa, aku boleh teruskan sekiranya baik. kan? settle, aku dah makan nasi goreng paprik, aku dah bahan chicken chop situ. lama gila hahaha. last aku balik lah. sbb dah pukul 10 lebih.

Then skrg, aku ada jugak la whatsapp dengan kawan kawan aku yang lain. lelaki pun ada. kawan lama yang waktu kenal lepas spm tak pernah jumpa pun aku dapat contact balik. tapi, sekadar contact. ramai, group alumni smkdmm pun aku macam masuk masuk. hehe. itulah yang aku gunakan setakat ni. selain tu, aku follow abah pergi masjid. aku mmg tak ada apa nak buat dah. sementara tunggu aku masuk belajar. aku habiskan masa dengan family dan hampirkan diri dengan Dia. ada sebab kan? sebab nya tulah. walaupun kadang kadang aku debar lah. apa lah. aku tolak tepi. Allah lebih mengetahui.

Tipulah kalau aku kata aku tak ada perasaan rindu tu......tapi macam abang loqman kata, kita akan berasa apa yang dah pernah jadi dalam hidup kita. kita akan ingat. pahit atau manis. tapi, yeah, siapa aku nak putar balik waktu? siapa aku nak ubah takdir? Dia sebaik baik perancang. Kita hamba dia, kita kena akur. yeah, aku tahu aku banyak buat silap. tu aku pergi jumpa orang yang sepatutnya, WAJAR. tapi aku kena belajar, benda takkan ubah seperti dulu. eh, aku tak bermaksud apa apa. jgn salah faham. kang orang kata aku psycho pulak. aku tengah belajar lagi. hehe baru je nak melangkah. tak apalah. lelaki yang baik untuk wanita yang baik. dan sesungguhnya wanita yang baik itu bukan aku. Semoga dia sentiasa dalam jagaanNya. dia, baik, sangat baik. :') 

huhu. emo pulak. padahal nak cerita dari hari ke hari pasal perubahan. terbawak ke emosi. hehe. well, ni belog saya. saya boleh tulis. saya tahu orang tak baca. hehe. okay lah. tu jela aku nak update. doakan aku dapat masuk belajar secepatnya. mmg orang kata lari pun, kenangan tu ada, tapi biar kenangan tu kekal dalam ingatan. Bawak diri, nak mencari perubahan dalam diri sendiri.bukan nak apa. itu sahaja. at least, apa yang jadi mematangkan diri aku sendiri. boleh belajar juga kalau aku ke tempat lain. DALAMAN ITU UTAMA sekarang. bukan luaran.

okay sampai situ je. kita belajar. kita ubah. okay?

alang alang tu nak, petik sikit dari tafsir al-Quran nur karim, surah al-isra' ayat 80 yang bermaksud ; (aku start baca takfsir ni since cikgu kanisah kata nak tenang, baca al-Quran dan baca tafsir, tenang afifah. betul'. 


" Dan katakan (Muhammad) " Ya Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar dan keluarkanlah (pula) aku daripadanya secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolongku "


aku pun masih lagi baca dan baca dan aku jugak copy dan aku juga share. aku ada jugak dapat sumber dari internet, baca surah ni lepas solat. insyaAllah. segala urusan lancar. just fikir, semua urusan atas dunia ni gerak sebab kehendak Allah. amiin. 

p/s: aku kenal diri aku, masa lama aku perlukan. tapi, tak apa, untuk aku sendiri. aku satu kesilapan dalam hidup seseorang, so aku kena belajar semua tu.
Simple theme. Theme images by sndr. Powered by Blogger.